“Imaginasi adalah lebih penting daripada kebijaksanaan”
(petikan kata
hikmat dari Albert Einstein)
Imaginasi adalah sesuatu yang amat
berguna kepada pelajar. Ia boleh membuat pelajar merasa bahawa belajar itu
susah, atau belajar itu senang. Maksudnya, jika di dalam imaginasi pelajar itu
menunjukkan bahawa belajar itu adalah perkara susah, maka pelajar itu pasti
merasa susah semasa hendak belajar.
Begitu juga sebaliknya jika imaginasi
pelajar menunjukkan bahawa belajar itu mudah dan menyeronokkan, ia akan menjadi
nyata.