Petua Kejayaan





35 PETUA PELAJAR CEMERLANG



"Usaha Tangga Kejayaan"

  1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
  2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
    1. kita ingat 10 % apayang dibaca
    2. kita ingat 20% apa yang didengar
    3. kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
    4. kita ingat 70% apa yang dicakapkan
    5. kita ingat 90% setelah dipraktikkan
  3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
  4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
  5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
    1. pastikan cahaya adalah terang
    2. kurangkan gangguan bunyi
    3. tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
    4. tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
    5. kerusi dan meja menghadap kiblat
    6. jangan lupa untuk senyum
  6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
  7. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
  8. Tahu teknik merangsang memori:
    1. memasukkan maklumat dalam memori (registration)
    2. menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
    3. mengingat kembali (recall)
    4. menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
  9. Sentiasa awal dan mendahului:
    1. persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
    2. pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
    3. belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
    4. untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar
  10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
  11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
    1. duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
    2. memberikan tumpuan sepanuhnya
    3. menggunakan jari telunjuk untuk membaca
    4. menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
  12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
  13. Membaca doa, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
  14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
  15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
  16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock).
  17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
  18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
  19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
  20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
  21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
  22. Tahu petua mengulang kaji
    1. cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
    2. siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
    3. duduk tegak dikerusi yang selesa
    4. baca doa penerang hati
    5. baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
    6. fikir dan ingat kembali isi utama
    7. catat/lakar
    8. semak semula ketepatan maklumat
    9. ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
    10. buat rumusan
    11. jawab soalan
    12. tampal maklumat yang rumit di dinding
    13. baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
  23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
  24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
    1. jangan makan kepala ikan
    2. jangan makan organ dalaman
    3. jangan minum semasa makan
    4. jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
    5. jangan melihat kemaluan
    6. jangan melihat buih
    7. banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
    8. banyakkan makan kismis, kurma dan madu
    9. banyakkan makan kekacang
    10. pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
    11. jangan makan sehingga terlalu kenyang
    12. jangan kencing berdiri
  25. Tahu kemahiran mengingat:
    1. tampal nota-nota penting di dinding
    2. tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
    3. gunakan kaedah akronim
    4. reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
    5. pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
  26. Cekap mengatur jadual belajar:
    1. mempunyai jadual belajar
    2. patuh kepada jadual
    3. buat jadual yang boleh diikuti
  27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
  28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
  29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
  30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
  31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
  32. Pelbagaikan tempat belajar.
  33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
  34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
  35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
    1. taat kepada Tuhan
    2. sentiasa berdoa
    3. menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
    4. hormati & sayangi guru
    5. bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
    6. suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
    7. membantu rakan yang memerlukan
    8. sentiasa bersyukur
    9. mahir dalam setiap mata pelajaran










  
1. Set Niat:
     Apabila anda mula berniat untuk fokus dalam kelas, niat anda didengari oleh 2 pihak. Yang pertama ialah Tuhan. Tatkala mendengari niat ikhlas untuk menumpukan perhatian dalam kelas, mudahan Dia akan permudahkan segala urusan yang baik. Yang kedua ialah tubuh anda. Tubuh anda mendengar segala percakapan anda dan bertindak mengikut apa yang didengarinya. Inilah fungsi “Neuron Peptide”. Jika anda berpesan kepada tubuh untuk fokus dalam kelas, segenap anggota badan luaran dan dalaman pasti membantu anda untuk mencapai apa yang dicakapkan.

2. “Preview” Topik:
      Kelonggaran fokus lazimnya  berlaku apabila kita tidak faham tajuk yang dipelajari. Apabila mula kabur, mulalah bosan, “tension” dan hilang fokus. Solusinya, dapatkan idea awal tajuk yang bakal dipelari. Ini untuk memudahkan pemahaman ketika di dalam kelas. Apabila cepat anda faham, lebih bertambah fokus anda dalam kelas. Selain itu, apabila mudah faham, bertambahlah juga semangat dan keseronokan anda untuk terus belajar. Ini dapat memaksimakan fokus anda di dalam kelas.

3. Catat Nota:
      Mencatat nota ketika sesi pembelajaran dalam kelas membantu anda mengekalkan “flow” ataupun aliran idea yang disampaikan guru. Pelajar yang tertinggal, hilang punca aliran idea ketika pembelajaran seringkali merasa “tension” dan tidak lagi fokus dalam kelas. Pemahaman mereka ibarat berlubang-lubang. Yang ini sikit, yang itu sikit. Jadi, mencatat nota dapat mengatasi masalah ini. Pelajari teknik dan skil mencatat nota untuk menghasilkan nota yang lebih efektif.

4. Kawal Pernafasan:
      Terdapat dua teknik pernafasan iaitu teknik pernafasan aktif dan tenang. Ketika di dalam kelas, lebihkan pernafasan aktif (pernafasan beta), iaitu pernafasan yang dalam tetapi pendek. Pernafasan ini adalah pernafasan normal manusia ketika sedar. Pernafasan ini membuatkan minda berada dalam keadaan aktif. Selepas seketika, selangkan pernafasan anda dengan pernafasan tenang (pernafasan alpha), iaitu menarik nafas dalam dan panjang ke dalam diafragma (paru-paru), hembuskannya perlahan-lahan. Pernafasan alpha menghasilkan ketenangan kepada otak.

5. Postur Badan:
      Postur badan anda mempengaruhi psikologi anda. Contohnya, jika anda berbaring, pasti akan mengantuk. Jika anda berada di dalam postur bersedia, minda anda akan dipengaruhi untuk juga bersama bersedia. Jika anda berada di dalam postur orang mengantuk, minda anda juga akan menjadi mengantuk. Jadi, sentiasa tegak dan tersenyum tenang. Elakkan melakukan postur badan yang akan membuatkan minda anda mengantuk dan tidak fokus seperti menongkat dagu, menunduk kepala, duduk menggelongsor dan mata kuyu.

6. “Refresh” Visual:
      Antara punca ketegangan ketika belajar ialah ruang visual yang statik. Terlalu lama melihat sesuatu yang sama akan membuatkan anda menjadi bosan dan mata menjadi letih. Oleh yang demikian, segarkan visual anda dengan mengalihkan seketika panorama visual anda, contohnya melihat pemandangan luar. Pemandangan semulajadi terutamanya warna hijau mampu menenangkan dan menyegarkan mata anda. Selepas seketika, tumpukan kembali fokus ke arah papan hitam.

7. Gerakkan Badan:
      Lazimnya, anda duduk dan menulis untuk sesuatu mata pelajaran selama 1 hingga 1 setengah jam. Berada dalam keadaan yang sama untuk tempoh yang panjang membuatkan otot-otot menjadi tegang. Gerakkan sedikit anggota badan untuk menghilangkan ketegangan otot. Goyang kaki, tangan, lakukan senaman ringkas serta pelbagai lagi pergerakan fizikal. Selain menghilangkan ketegangan otot, pergerakan fizikal juga membantu menghantar lebih banyak darah ke otak sekaligus menghilangkan mengantuk.

8. Minum Air:
      90% kandungan otak terdiri daripada air. Ketika proses pembelajaran, neuron-neuron dan bahagian-bahagian otak beroperasi dengan aktifnya. Kesannya, otak akan kehilangan banyak air dan oksigen. Antara kesan kehilangan air dan oksigen dalam otak adalah mengantuk, letih, tidak fokus dan tidak bertenaga. Untuk mengatasi masalah ini, minum air sama ada air masak atau air bergula. Minuman ini akan membekalkan air, oksigen dan tenaga untuk otak. Otak kembali bertenaga, anda kembali fokus.

9. Cukup Tidur:
      Kurang tidur menyebabkan pelajar seringkali  mengantuk di dalam kelas. Apabila tidur tidak cukup jamnya, bermakna badan dan otak tidak mendapat rehat yang secukupnya. Kesannya, badan menjadi tidak bermaya, keletihan dan mengantuk. Hal ini menyebabkan pelajar tidak mampu fokus. Oleh yang demikian, dapatkan tidur yang cukup setiap hari. Tidur awal, tidur dengan postur yang betul serta ruang tidur anda selesa, antara petua untuk anda mendapatkan tidur yang merehatkan.

10. Teknik Herotan
     Hilang fokus juga dikaitkan dengan proses pembelajaran dan pengajaran yang membosankan. Kembalikan keceriaan dengan Teknik Herotan. Teknik ini adalah antara teknik menghilangkan stress mengikut kaedah NLP, iaitu mengherotkan realiti, cuma diolah sedikit untuk sesi pembelajaran. Herotkan data anda daripada realiti seperti menukar teks kepada lukisan lucu, cerita lucu dan tulisan lucu. Selain itu, herotkan juga guru anda dengan membayangkan dia mempunyai telinga Mickey Mouse, suara Donald Duck dan berbentuk seperti Patrick. Sedikit keceriaan akan mengembalikan fokus anda. Cubalah!

    
SELAMAT BELAJAR !



No comments:

Post a Comment