TUTORIAL 1
PANDUAN
MENGARANG / MENULIS
Sebelum membuat sesuatu karangan , kita
hendaklah memilih dan memahami tajuk atau kehendak soalan karangan itu. Selepas
itu kita fikirkanlah pula tentang :
A. Pengenalan
B. Isi-isi dan
C. Penutup
A. Pengenalan
Setiap karangan mestilah mempunyai pembukaan
atau pengenalan. Dalam pengenalan kita hendaklah memperkenalkan sesuatu perkara
atau tajuk yang mungkin pembaca tidak tahu atau faham. Kita hendaklah menarik
perhatiannya supaya ingin membaca karangan itu. Pengenalan ini dibuat secara
ringkas dan am sahaja, memadai tiga atau empat ayat. Pembukaan karangan yang
menarik akan meninggalkan kesan yang positif dan mendalam pada pemeriksa. Oleh
itu pastikanlah terlebih dahulu pembukaan karangan hendaklah bersih daripada
kesalahan tatabahasa atau ejaan.
B. Isi
Isi hendaklah mengikut kehendak tajuk karangan
itu. Karangan perlu mempunyai empat isi. Isi yang lebih tidak mengapa tetapi
mungkin menyebabkan kekurangan masa. Isi hendaklah disusun dengan teratur dan
berkait di antara satu dengan lain.
Isi-isi itu dipecahkan dalam
perenggan-perenggan. Isi yang utama didahulukan. Sebaik-baiknya satu isi, satu
perenggan kecuali jika isi pendek-pendek dan berkait rapat. Tiap-tiap perenggan
tidak semesti sama panjangnya. Mungkin sesuatu perenggan itu lebih panjang
daripada perenggan yang lain. Ini kerana sesuatu isi utama yang ingin
ditekankan oleh murid-murid biasanya lebih panjang daripada perenggan yang
lain.
Jaga isinya supaya tidak terkeluar dari tajuk
yang dikehendaki. Elakkan menyertakan isi yang bercanggah dengan tajuk. Isi
karangan hendaklah asli tidak ditiru bulat-bulat dari karangan lain. Untuk
mendapat isi yang baik dan banyak, kita hendaklah banyak membaca surat khabar,
majalah-majalah, makalah-makalah, rencana-rencana, buku-buku cerita, mendengar
sesuatu, menyaksikan sendiri dan dari pengalaman sendiri.
Jangan campur adukkan isi. Elakkan daripada
menulis sesuatu isi dalam perenggan yang sama. Catatkan setiap isi sebelum
menulis.
Panduan
mencari isi-isi berdasarkan peta minda:
Cara terbaik mencari isi adalah dengan
menggunakan kaedah membuat peta minda. Kemukakan pertanyaan kepada diri anda
dan fikirkan jawapannya sama ada menerusi logik akal atau berdasarkan bahan
rujukan seperti buku, majalah, surat khabar, ensiklopedia atau kamus bagi
fakta. Antara lima pertanyaan paling utama dan popular ialah:
Apa?
Siapa?
Bila?
Mengapa?
Di mana?
Bagaimana?
C. Penutup
Kalau pengenalan dapat mempengaruhi atau
menarik minat pembaca untuk mengikuti karangan tersebut maka penutupnya juga
hendaklah memberi suatu kepuasan kepada pembaca. Penutuplah yang menjadi
kesimpulan / rumusan atau akhiran sesuatu karangan. Dalam penutup digambarkan
juga pendapat kita dengan ringkas tentang sesuatu perbincangan atau tajuk.
Elakkan menamatkan karangan secara mengejut atau tergantung. Oleh itu penutup
juga adalah penting dalam tiap-tiap karangan
TUTORIAL 2
KENALI KATA !
KATA NAMA AM
Kata Nama Am ialah kata yang digunakan
untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu
yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan
sebagainya. Dengan kata lain perkataan
Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum.
* Manusia , orang
ayah, perempuan, kerani, polis, guru,
doktor, askar dll
* binatang
ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung,
ikan dll
* tumbuh- tumbuhan
pokok, betik, rumput, lalang dll
* benda
pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen,
buku, dll
* tempat
pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar,
negeri dll
Kata Nama Khas
Kata nama khas ialah kata nama yang secara
khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa
dan yang tidak bernyawa. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama
binatang. Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama
bangunan, dan sebagainya.
Perkataan Nama Khas digunakan bagi
menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas.
a) benda; misalnya : Seri Aman, Volvo,
Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll
b) orang; misalnya : Cik Rafidah,
Inspektor Azman, Dr. Long dll
c) binatang ; misalnya : Blacky, Pak
Belang, Sang Kancil,dll
d) tempat ; misalnya : Kampung Bahru, Shah
Alam, Kuala Lumpur dll
Biasanya huruf pertama perkataan nama khas
ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.
* manusia
Zaidi, Mei Fong,
Subramaniam
* binatang
Tompok (kucing),
Jalak (ayam)
* tempat
Muar (daerah),
Seremban (bandar),
Jepun (negara)
* bangunan
Pudu Raya (perhentian bas dan teksi),
Menara Tun Razak (pejabat)
* judul buku
Keluarga (majalah),
Rentong (novel),
Kamus Dewan ( buku)
* benda
Proton Perdana
(kereta), Pilot
(pen), Seiko (jam)
TUTORIAL 3
APA ITU SIMPULAN BAHASA ?
Simpulan bahasa
adalah bentuk peribahasa yang paling mudah.
Biasanya simpulan
bahasa terdiri daripada dua patah kata yang membawa maksud yang tepat dan padat.
Senarai simpulan
bahasa beserta dengan maksudnya adalah seperti yang berikut:
Simpulan Bahasa
Maksudnya
ada angin
berkelakuan luar
biasa pada sesuatu ketika
ada hati
mempunyai keinginan
yang melebihi kemampuan untuk melakukan atau memiliki sesuatu
air muka
rupa atau wajah
seseorang
ajak-ajak ayam
tidak
bersungguh-sungguh semasa mempelawa seseorang
ada bakat
mempunyai tokoh
atau perwatakan
alas perut
makanan yang
dimakan untuk sementara waktu sebelum memakan makanan yang mengenyangkan
anak angkat
anak orang lain
yang dipelihara sebagai anak sendiri
anak bapa
anak yang disayangi
oleh bapa
anak buah
orang yang di bawah
jagaan seorang ketua atau anak saudara
anak emas
anak yang disayangi
oleh ibu bapa atau ketuanya
angkat kaki
meninggalkan
sesuatu tempat kerana sesuatu sebab
atas angin
negara-negara di
sebelah barat
atas pagar
tidak menyebelahi
mana-mana pihak
ayam tambatan
orang yang menjadi
harapan dalam sesuatu pertandingan
bahasa pasar
bahasa Malaysia
yang tidak betul tatabahasanya
banyak mulut
orang yang banyak
bercakap
batu api
orang yang suka
menghasut
batu loncatan
sesuatu yang
dijadikan alat untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati
bau-bau bacang
tali persaudaraan
yang jauh
bawah angin
negara-negara di
sebelah timur
bekas tangan
hasil kerja tangan
seseorang
beralih akal
berubah fikiran
atau pendapat
beralih angin
pergi ke sesuatu
tempat untuk berehat
berat hati
enggan; malas
berat mulut
pendiam atau tidak
suka bercakap banyak
berat tulang
orang yang malas
bekerja
berat sebelah
tidak berlaku adil
berbelah bagi
sukar untuk membuat
keputusan
berhati batu
degil dan sukar
menerima nasihat
berhutang budi
patut membalas
kebaikan seseorang dengan kebaikan juga
bermuka dua
tidak jujur
bertikam lidah
bertengkar;
berdebat
besar hati
bergembira atau
berbangga akan sesuatu
besar kepala
degil; sukar
menerima pandangan orang lain
buah hati
orang yang dikasihi
atau dipuja
buah mulut
sesuatu yang
menjadi perbualan orang ramai
bush tangan
hadiah yang dibawa
ketika melawat seseorang
bulat hat!
bersungguh-sungguh
ketika membuat sesuatu; sudah nekad
buruk siku
mengambil balik
sesuatu yang telah diberikan kepada orang lain
buta hati
tidak dapat
menerima pengajaran; zalim; kejam
cahaya mata
anak
cakar ayam
tulisan yang buruk
campur tangan
turut serta atau
mencampuri urusan orang lain
cari jalan
berusaha atau
berikhtiar melakukan sesuatu
epat tangan
suka mencuri
dalam tangan
sudah pasti akan
diperoleh
darah daging
anak kandung
durian runtuh
keuntungan yang
diperoleh dengan tidak disangka-sangka
gaji buta
mendapat gaji tanpa
perlu bersusah payah atau bekerja bersungguh-sungguh
gelap mata
hilang pertimbangan
kerana terpengaruh oleh wang atau harta
harga diri
maruah atau
kehormatan seseorang
harga mati
harga tetap yang
tidak dapat ditawar lagi
hati batu
degil atau keras
hati
hidung tinggi
sombong atau tinggi
diri
hilang akal
tidak tahu apa-apa
yang perlu dibuat; hilang pertimbangan diri
ikat perut
menahan lapar
kerana berjimat
iri hati
menyimpan perasaan
dengki atau cemburu
isi hati
perasaan dalam hati
jalan buntu
tidak ada jalan
penyelesaian
kacang hantu
orang yang jahat
dan suka mengganggu orang lain
kaki ayam
tidak berkasut atau
berselipar
kaki bangku
tidak berkebolehan
bermain bola
kaki botol
suka minum minuman
keras
kecil hati
berasa tersinggung
atau merajuk
kepala angin
perangai yang tidak
menentu
kepala batu
degil dan tidak
mendengar nasihat
kera sumbang
orang yang tidak
suka bergaul dengan orang lain
khabar angin
berita yang belum
tentu benarnya
langkah kanan
bernasib baik
langkah seribu
cepat-cepat lari
kerana ketakutan
lidah bercabang
kata-kata yang
tidak dapat dipercayai
lipas kudung
cepat membuat kerja
lintah darat
mengambil
keuntungan berlebihan atas pinjaman yang diberikan
makan angin
bersiar-siar untuk
berehat
makan suap
menerima rasuah
malu-malu kucing
berpura-Aura malu
di hadapan orang
mandi peluh
bekerja kuat
mati katak
mati dengan sia-sia
membabi buta
melakukan sesuatu
tanpa berfikir
membawa diri
tahu menjaga diri
membuka jalan
memberi laluan
kepada orang lain
membuka tembelang
menceritakan
keburukan seseorang kepada orang lain
memeras otak
terlalu kuat
berfikir atau belajar
menarik diri
tidak turut serta;
meletak jawatan
mencari jalan
berusaha untuk
melakukan sesuatu
mencuci mata
gembira
memperhatikan sesuatu yang indah
mencuit hati
lucu; menggelikan
hati
mengabui mata
cuba memperdaya;
menipu
mengadu domba
memperlagakan
seseorang untuk memecahbelahkan persahabatan dan sebagainya
mengambil angin
bersiar-siar untuk
berehat
mengambil berat
memberi sepenuh
perhatian
mengambil hati
dapat memikat atau
mempengaruhi
mengasah bakat
latihan untuk
mengembangkan bakat
muka tembok
tidak berasa malu
mulut murai
kuat bercakap atau
berbuat bising
mulut tempayan
tidak dapat
menyimpan rahsia
murah hati
suka bederma; tidak
kedekut
naik angin
terlalu marah
nyawa-nyawa ikan
hampir-hampir mati
orang atasan
orang yang
berpangkat tinggi
otak cair
pintar atau bijak
otak kering
kurang siuman
otak udang
bebal atau bodoh
paku belanda
barangan yang tetap
harganya
panas hati
meradang atau marah
panjang tangan
suka mencuri
pasang telinga
mendengar dengan
teliti
pekak badak
kurang jelas
pendengarannya; tidak dapat mendengar bunyi yang kuat
pembasuh mulut
makanan atau
minuman yang dihidangkan selepas makan nasi
perang mulut
pertengkaran
pilih kasih
memberi layanan
yang lebih kepada orang yang disukai
pisau cukur
perempuan yang suka
menghabiskan harta benda lelaki
puteri lilin
tidak tahan terkena
panas matahari
putih hati
ikhlas; jujur
putih mata
mengalami
kekecewaan
rabun ayam
penglihatan yang
kurang jelas
rambang mata
sukar membuat
pilihan
ringan tangan
suka membuat kerja:
menolong orang
sampai hati
tergamak melakukan
sesuatu kerja
serkap jarang
membuat tuduhan
secara agak-agak atau tanpa usul periksa
tangan terbuka
menyambut sesuatu
dengan senang hati
tangkai jering
orang yang kedekut
tawar hati
tidak mempunyai
minat lagi
tebal muka
tidak tahu malu
telinga kuali
tahan hati menerima
kemarahan
telinga lintah
tajam pendengaran
telinga nipis
cepat marah atau
meradang
terang hati
mudah memahami
sesuatu
tidur-tidur ayam
tidur yang tidak
nyenyak
tin kosong
bercakap besar
tanpa ilmu
titik peluh
hasil usaha yang
bersungguh-sungguh
TUTORIAL 1
PANDUAN MENGARANG / MENULIS
TUTORIAL 2
KENALI KATA !
KATA NAMA AM
Kata Nama Am ialah kata yang digunakan
untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu
yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan
sebagainya. Dengan kata lain perkataan
Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum.
* Manusia , orang
ayah, perempuan, kerani, polis, guru,
doktor, askar dll
* binatang
ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung,
ikan dll
* tumbuh- tumbuhan
pokok, betik, rumput, lalang dll
* benda
pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen,
buku, dll
* tempat
pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar,
negeri dll
Kata Nama Khas
Kata nama khas ialah kata nama yang secara
khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa
dan yang tidak bernyawa. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama
binatang. Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama
bangunan, dan sebagainya.
Perkataan Nama Khas digunakan bagi
menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas.
a) benda; misalnya : Seri Aman, Volvo,
Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll
b) orang; misalnya : Cik Rafidah,
Inspektor Azman, Dr. Long dll
c) binatang ; misalnya : Blacky, Pak
Belang, Sang Kancil,dll
d) tempat ; misalnya : Kampung Bahru, Shah
Alam, Kuala Lumpur dll
Biasanya huruf pertama perkataan nama khas
ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.
* manusia
Zaidi, Mei Fong,
Subramaniam
* binatang
Tompok (kucing),
Jalak (ayam)
* tempat
Muar (daerah),
Seremban (bandar),
Jepun (negara)
* bangunan
Pudu Raya (perhentian bas dan teksi),
Menara Tun Razak (pejabat)
* judul buku
Keluarga (majalah),
Rentong (novel),
Kamus Dewan ( buku)
* benda
Proton Perdana
(kereta), Pilot
(pen), Seiko (jam)
TUTORIAL 3
APA ITU SIMPULAN BAHASA ?
Simpulan bahasa
adalah bentuk peribahasa yang paling mudah.
Biasanya simpulan
bahasa terdiri daripada dua patah kata yang membawa maksud yang tepat dan padat.
Senarai simpulan
bahasa beserta dengan maksudnya adalah seperti yang berikut:
Simpulan Bahasa
|
Maksudnya
|
ada angin
|
berkelakuan luar
biasa pada sesuatu ketika
|
ada hati
|
mempunyai keinginan
yang melebihi kemampuan untuk melakukan atau memiliki sesuatu
|
air muka
|
rupa atau wajah
seseorang
|
ajak-ajak ayam
|
tidak
bersungguh-sungguh semasa mempelawa seseorang
|
ada bakat
|
mempunyai tokoh
atau perwatakan
|
alas perut
|
makanan yang
dimakan untuk sementara waktu sebelum memakan makanan yang mengenyangkan
|
anak angkat
|
anak orang lain
yang dipelihara sebagai anak sendiri
|
anak bapa
|
anak yang disayangi
oleh bapa
|
anak buah
|
orang yang di bawah
jagaan seorang ketua atau anak saudara
|
anak emas
|
anak yang disayangi
oleh ibu bapa atau ketuanya
|
angkat kaki
|
meninggalkan
sesuatu tempat kerana sesuatu sebab
|
atas angin
|
negara-negara di
sebelah barat
|
atas pagar
|
tidak menyebelahi
mana-mana pihak
|
ayam tambatan
|
orang yang menjadi
harapan dalam sesuatu pertandingan
|
bahasa pasar
|
bahasa Malaysia
yang tidak betul tatabahasanya
|
banyak mulut
|
orang yang banyak
bercakap
|
batu api
|
orang yang suka
menghasut
|
batu loncatan
|
sesuatu yang
dijadikan alat untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati
|
bau-bau bacang
|
tali persaudaraan
yang jauh
|
bawah angin
|
negara-negara di
sebelah timur
|
bekas tangan
|
hasil kerja tangan
seseorang
|
beralih akal
|
berubah fikiran
atau pendapat
|
beralih angin
|
pergi ke sesuatu
tempat untuk berehat
|
berat hati
|
enggan; malas
|
berat mulut
|
pendiam atau tidak
suka bercakap banyak
|
berat tulang
|
orang yang malas
bekerja
|
berat sebelah
|
tidak berlaku adil
|
berbelah bagi
|
sukar untuk membuat
keputusan
|
berhati batu
|
degil dan sukar
menerima nasihat
|
berhutang budi
|
patut membalas
kebaikan seseorang dengan kebaikan juga
|
bermuka dua
|
tidak jujur
|
bertikam lidah
|
bertengkar;
berdebat
|
besar hati
|
bergembira atau
berbangga akan sesuatu
|
besar kepala
|
degil; sukar
menerima pandangan orang lain
|
buah hati
|
orang yang dikasihi
atau dipuja
|
buah mulut
|
sesuatu yang
menjadi perbualan orang ramai
|
bush tangan
|
hadiah yang dibawa
ketika melawat seseorang
|
bulat hat!
|
bersungguh-sungguh
ketika membuat sesuatu; sudah nekad
|
buruk siku
|
mengambil balik
sesuatu yang telah diberikan kepada orang lain
|
buta hati
|
tidak dapat
menerima pengajaran; zalim; kejam
|
cahaya mata
|
anak
|
cakar ayam
|
tulisan yang buruk
|
campur tangan
|
turut serta atau
mencampuri urusan orang lain
|
cari jalan
|
berusaha atau
berikhtiar melakukan sesuatu
|
epat tangan
|
suka mencuri
|
dalam tangan
|
sudah pasti akan
diperoleh
|
darah daging
|
anak kandung
|
durian runtuh
|
keuntungan yang
diperoleh dengan tidak disangka-sangka
|
gaji buta
|
mendapat gaji tanpa
perlu bersusah payah atau bekerja bersungguh-sungguh
|
gelap mata
|
hilang pertimbangan
kerana terpengaruh oleh wang atau harta
|
harga diri
|
maruah atau
kehormatan seseorang
|
harga mati
|
harga tetap yang
tidak dapat ditawar lagi
|
hati batu
|
degil atau keras
hati
|
hidung tinggi
|
sombong atau tinggi
diri
|
hilang akal
|
tidak tahu apa-apa
yang perlu dibuat; hilang pertimbangan diri
|
ikat perut
|
menahan lapar
kerana berjimat
|
iri hati
|
menyimpan perasaan
dengki atau cemburu
|
isi hati
|
perasaan dalam hati
|
jalan buntu
|
tidak ada jalan
penyelesaian
|
kacang hantu
|
orang yang jahat
dan suka mengganggu orang lain
|
kaki ayam
|
tidak berkasut atau
berselipar
|
kaki bangku
|
tidak berkebolehan
bermain bola
|
kaki botol
|
suka minum minuman
keras
|
kecil hati
|
berasa tersinggung
atau merajuk
|
kepala angin
|
perangai yang tidak
menentu
|
kepala batu
|
degil dan tidak
mendengar nasihat
|
kera sumbang
|
orang yang tidak
suka bergaul dengan orang lain
|
khabar angin
|
berita yang belum
tentu benarnya
|
langkah kanan
|
bernasib baik
|
langkah seribu
|
cepat-cepat lari
kerana ketakutan
|
lidah bercabang
|
kata-kata yang
tidak dapat dipercayai
|
lipas kudung
|
cepat membuat kerja
|
lintah darat
|
mengambil
keuntungan berlebihan atas pinjaman yang diberikan
|
makan angin
|
bersiar-siar untuk
berehat
|
makan suap
|
menerima rasuah
|
malu-malu kucing
|
berpura-Aura malu
di hadapan orang
|
mandi peluh
|
bekerja kuat
|
mati katak
|
mati dengan sia-sia
|
membabi buta
|
melakukan sesuatu
tanpa berfikir
|
membawa diri
|
tahu menjaga diri
|
membuka jalan
|
memberi laluan
kepada orang lain
|
membuka tembelang
|
menceritakan
keburukan seseorang kepada orang lain
|
memeras otak
|
terlalu kuat
berfikir atau belajar
|
menarik diri
|
tidak turut serta;
meletak jawatan
|
mencari jalan
|
berusaha untuk
melakukan sesuatu
|
mencuci mata
|
gembira
memperhatikan sesuatu yang indah
|
mencuit hati
|
lucu; menggelikan
hati
|
mengabui mata
|
cuba memperdaya;
menipu
|
mengadu domba
|
memperlagakan
seseorang untuk memecahbelahkan persahabatan dan sebagainya
|
mengambil angin
|
bersiar-siar untuk
berehat
|
mengambil berat
|
memberi sepenuh
perhatian
|
mengambil hati
|
dapat memikat atau
mempengaruhi
|
mengasah bakat
|
latihan untuk
mengembangkan bakat
|
muka tembok
|
tidak berasa malu
|
mulut murai
|
kuat bercakap atau
berbuat bising
|
mulut tempayan
|
tidak dapat
menyimpan rahsia
|
murah hati
|
suka bederma; tidak
kedekut
|
naik angin
|
terlalu marah
|
nyawa-nyawa ikan
|
hampir-hampir mati
|
orang atasan
|
orang yang
berpangkat tinggi
|
otak cair
|
pintar atau bijak
|
otak kering
|
kurang siuman
|
otak udang
|
bebal atau bodoh
|
paku belanda
|
barangan yang tetap
harganya
|
panas hati
|
meradang atau marah
|
panjang tangan
|
suka mencuri
|
pasang telinga
|
mendengar dengan
teliti
|
pekak badak
|
kurang jelas
pendengarannya; tidak dapat mendengar bunyi yang kuat
|
pembasuh mulut
|
makanan atau
minuman yang dihidangkan selepas makan nasi
|
perang mulut
|
pertengkaran
|
pilih kasih
|
memberi layanan
yang lebih kepada orang yang disukai
|
pisau cukur
|
perempuan yang suka
menghabiskan harta benda lelaki
|
puteri lilin
|
tidak tahan terkena
panas matahari
|
putih hati
|
ikhlas; jujur
|
putih mata
|
mengalami
kekecewaan
|
rabun ayam
|
penglihatan yang
kurang jelas
|
rambang mata
|
sukar membuat
pilihan
|
ringan tangan
|
suka membuat kerja:
menolong orang
|
sampai hati
|
tergamak melakukan
sesuatu kerja
|
serkap jarang
|
membuat tuduhan
secara agak-agak atau tanpa usul periksa
|
tangan terbuka
|
menyambut sesuatu
dengan senang hati
|
tangkai jering
|
orang yang kedekut
|
tawar hati
|
tidak mempunyai
minat lagi
|
tebal muka
|
tidak tahu malu
|
telinga kuali
|
tahan hati menerima
kemarahan
|
telinga lintah
|
tajam pendengaran
|
telinga nipis
|
cepat marah atau
meradang
|
terang hati
|
mudah memahami
sesuatu
|
tidur-tidur ayam
|
tidur yang tidak
nyenyak
|
tin kosong
|
bercakap besar
tanpa ilmu
|
titik peluh
|
hasil usaha yang
bersungguh-sungguh
|
No comments:
Post a Comment